Pages

Saturday, 3 January 2015

JANDA BAIK , PAHANG






Sudah lumrah atau normal dalam masyarakat tempatan, terutama Melayu, sebut saja `janda' pasti mampu menarik perhatian seolah-olah ia perkataan keramat.Begitulah juga dengan nama Janda Baik, sebuah kampung yang terletak berhampiran Lebuhraya Karak dalam daerah Bentong, Pahang.

Sebut saja namanya, pasti ramai ingin mengetahui sejarah uniknya seperti mana lelaki ingin mengetahui lebih lanjut mana-mana wanita bergelar janda.Menjejakkan kaki di Janda Baik baru-baru ini, merungkai serba sedikit bagaimana kawasan yang boleh dikatakan terpencil ini mendapat namanya yang unik.


Janda Baik, Pahang

* Dibuka secara rasmi pada 1932

* Terletak kira-kira 36 kilometer dari Kuala Lumpur dan 40 kilometer dari Bentong, Pahang

* Kedudukan kawasan di Banjaran Titiwangsa pada ketinggian 600 hingga 800 meter dari paras laut

* Suhu mencecah 28 darjah Celsius (siang) dan 22 darjah Celsius (malam)

* Menyimpan khazanah flora dan fauna, termasuk pokok Balau berusia 250 tahun

* Mempunyai empat kampung tradisional Melayu, iaitu Kampung Sum Sum, Cheringin, Chemperoh, Kampung Janda Baik dan Kampung Orang Asli Semelai

* Menjadi tempat pertemuan empat aliran sungai utama iaitu Sungai Benus, Sungai Cheringin, Sungai Sum Sum dan Sungai Chemparoh

* Tanaman halia dan pelancongan sumber ekonomi utama penduduk Janda Baik


                            Janda baik mmg tempat peranginan yg sangt femes...sejuk dan nyaman...ramai  kawan2 skolah aku stay sini sbb aku asal org bentong kan...hahaha,,,kebanyakkan nya penghuni janda baik ini mempuyai tanah sendiri .boleh dikatakan kaya jugak lah..thatwhy rumah kat sini cantik2 besar2 dan mewah..tempat ini sngt menarik sbb kedudukan nya berdekatan Genting highland dah Highway bentong - kuala lumpur,

                          aku suka jugak dtg sini sbb dia nyaman , udara sejuk dan suka mandi sungai !
perghhh , skg lagi maju...bnyak gler tempat2 peranginan ataupun hotel dan homestay kat sini...so jgn risau lah sbb boleh booked by online ajer...selebihnya cari kat google lah yerrr...Orang kampung nya peramah....chalet  nya pon dah memadai bagi yang kurang bajet...try dtg sini dulu , bawak anak2 , family ataupun rakan2 tgk dan rasai sendri kenikmatan berada di janda baik...TAPI , jangan lupa bawak baju sejuk..nanti kesejukkan pulak...hehehehe,,,,Ini adalah gambar kawasan sekitar janda baik....





CHAMANG WATERFALL




Hey guys ,

kali ni aku nak share ttg tempat menarik utk dilawati di Bentong , Pahang.Tempat yang best ,tenang dan menyeronokkan,
Agak femes jugak lahh...aku di lahirkan di bentong so banyak jugak lah aku dengar pasal chamang waterfalls nie...

Slalu nya femes bagi golongan muda sbb apa ?? sbb port nak hem hem atau pun berdating...tapi jangan risau sbbb ramai orang kat sni...Ada citer baik dan ada jugak citer xbaiknya...semua tempat cmtuh kan ?..Well , mmg best sbb air terjun nya sngt cantik , bersih , air sejuk dan tempat yang menarik..Tapi dah nama kawasan hutan kan , so pandai2 lah jage dri..mulut xmo celupar ok ! ramai jugak org mati lemas kat sni...time air pasang dan sebagai nya..tapi jgn risau mmg rmai org kan sini..kalu nak berkelah or bersantai sngtlah sesuai...ha...ada jugak yg berlakon kat sni antaranya citer hooree horee lakonan akim af dan kila fairy tuu...dorg actually berlakon area janda baik..nak tahu menarik atau x tgk gambar2 yg aku cilup nieee.,, nak lagi best dtg sendri bawak kawn2 atau family bersantai disini..mmg happening beb ! Anyway , bnyak lagi tempat menarik di bentong , but satu2 ok...hari nie aku citer pasal chamang dam dulu yeee.....



HUTAN LIPUR CHAMANG terletak di daerah Bentong, Pahang. Kemudahan yang di sediakan di sini adalah trek pejalan kaki, jambatan gantung, pondok rehat dan tandas.Di buka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan dan bermalam, sila berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah. Tiada bayaran masuk dikenakan.Kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi.9 km dari Bandar Bentong melalui Jalan Bentong-Raub. Hutan Lipur Chamang terletak di dalam Hutan Simpan Bukit Tinggi yang merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit.






Kawasan perkelahan ini dikatakan mempunyai air terjun yang cantik & terdapat kemudahan asas yang juga ada disediakan di sana

Kemudahan di sini seperti :
● Kawasan letak kereta percuma yg luas.
● Tandas 
● Tempat bersalin pakaian ( dan mandi )
● Kawasan perkhemahan
● Tempat BBQ

Pancing ikan tengas waktu malam antara aktiviti perkhemahan di hutan lipur di Bentong, Pahang


AKTIVITI berkhemah dapat memberikan kepuasan kepada golongan peminat aktiviti luar selain dapat menghayati keindahan alam semula jadi. Malah, kesempatan menyelami keindahan ciptaan Ilahi itu, juga dapat menjadi terapi menghilangkan tekanan kerja dan rutin seharian.


Kebiasaannya aktiviti berkhemah dilakukan di kawasan hutan, bukit dan kawasan air terjun kerana lokasi sebegini tidak bising dengan ‘pekikan’ kenderaan dan dipenuhi hutan hijau serta air terjun yang menyejukkan mata.Hakikatnya, negara kita tidak kurang hebatnya apabila menyajikan banyak lokasi yang sesuai untuk menjalankan aktiviti berkhemah kerana terdapat hutan dan air terjun yang masih terpelihara. Bagi mereka yang kurang menggemari aktiviti berkhemah terdapat banyak chalet yang disediakan pengusaha untuk beriadah dengan bayaran yang sangat berpatutan.Baru-baru ini, penulis bersama tiga rakan yang lain sempat menghabiskan cuti hujung minggu dengan beriadah di Hutan Lipur Chamang, Bentong di Pahang, sambil menghayati keindahan alam semula jadi di kawasan hutan lipur terbabit.

Hutan Lipur Chamang yang dulunya dikenali dengan nama Air Terjun Chamang terletak kira-kira 8 kilometer (km) dari bandar Bentong, Pahang. Ia terletak dalam Kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Bukit Tinggi. Jaraknya dari Kuala Lumpur kira-kira 69 km.

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di hutan lipur ini seperti kawasan letak kereta percuma, tandas, tempat bersalin pakaian, kawasan perkhemahan, gerai makanan dan tempat BBQ. 
Penulis bersama tiga rakan yang lain lebih menggemari aktiviti berkhemah untuk menghabiskan hujung minggu sambil menikmati keindahan salam semula jadi dan menjalankan aktiviti memancing spesis tengas.

Pegawai Hutan Daerah Bentong 
JKR 241, Jalan Bukit,
28700 Bentong, Pahang 
Tel. :09 – 2221 039
Faks. :09 – 2223 809

Friday, 2 January 2015

POLITEKNIK PREMIER IBRAHIM SULTAN

DIARY STUDENT


Selepas result SPM keluar , aku cpt2 lah apply upu kot ada rezeki dapat masok universiti .tapi alhamdulilah , aku dapat tawaran masok politeknik premier johor bahru.Apa itu premier ? Premier itu bermaksud politeknik yang berpontensi besar menjadi universiti.
Dlm malaysia nieh , ada 3 buah politeknik shja yang dpt title PREMIER.
Poli shah alam , poli jb ,dan poli ungku omar.Batch aku lah start premier 2010 , tapi name still name polijb sebelum berlutak kepada politeknik ibrahim sultan. Sekarang nak masok 3 poli nie susah okey..sbb dia tergolong dlm golongan universiti dan kena apply dekat upu.Aku start masok study pada 20 jun 2010 . Mengambil jurusan diploma pengurusan hotel management .Mmg excited gilerrrrr nak masok study..dlm kpala dok bayang ala2 campus.dgn bilik kuliah cam uitm , bilik ada aircond.TAPI , sebenarnya biasa jer...




aku yang cun sekali tuhh , yang pakai spek..hahaha... ;p




                                     Tempat nya cantik dan selesa lah...dekat dgn bandar...area depan poli ada perumahan , kedai2 dan jalan raya..Pasar malam pun haderrr...tapi area pasir gudang nie hati2lah sket sbb lori2 banyak lalu sini...mmg bnyak kes xcident berlaku.well , student kan....mejoriti student rmai yang apply ptptn..Sem 1 semua student wajib stay kat hostel..sem 2 nak bla pun boleh..kbnyakkan nya semua keluar lah..sbb stay hostel kan bnyak rules..Well , aku relax jer dari sem 1 sampai semester 6 stay hostel..hahaha...aku sbnarnya join group jpkk (jawatankuasa kolej kediaman) . aku jugak pernah jadi Ketua blok di HT 2..Btw , stay hostel sebenarnya jimat dan sngt best...Kalau korang semua nak tahu , poli johor paling sosial tauuu..mmg best xmacam poli lain yg pernah aku pergi such as ptss , poli sberang prai , poli melaka , polisas dan lain2..ketat nak mamposss...



                                                   bekas jawatankuasa tertinggi (MT)

                                                         salah satu hostel di poli jb

                                                Padang permainan berdekatan asrama




                           bilik kuliah macam kelas kat skolah jugak..but tu time aku study..skg xtau lah dah upgrade kan...tapi selesa jer...kat poli jb nie ada course jke , jkm , jke , jph , jrkv..Course feshion mmg top kat sini....lecture yg mengajar pun bukan calang2 org...just mybe xbrape terkenal..kawasan depan dan belakang poli adalah kawasan perumahan..so mmg best lah..xsunyi...Bagi aku mane2 yg dpt sambung disini mmg best sbb social dan bebas..aku convo pada tahun 2013 di dewan serbaguna ibrahim sultan..SEKIAN....

                                      
                                   sempat menyelit semasa wartawan snap gambar..hihihi...






                                          
                                                           Politeknik Ibrahim Sultan :)


CTDK SRIKANDI NEGARA





Biodata Dato Siti Nurhaliza

  • Nama Penuh : Siti Nurhaliza Bt Tarudin
  • Nama Manja:Siti 
  • Pendidikan:Spm 
  • Nama Ayah : Tarudin bin Ismail 
  • Tarik Lahir : 11 January 1979 
  • Tempat Lahir : Kg Awah, Temerloh Pahang 
  • Adik-beradik : 7 orang 
  • Anak ke : 4 
  • Tinggi : 163 cm 
  • Zodiak : Capricorn 
  • Penyanyi pujaan : Celine Dion, Mariah Carey, Aishah , Dan Ziana Zain 

FROM MY SIDED :

# aku amat meminati beliau sejak daripada aku tabika lagi..Kebanyakan lagu2nya semua aku minat dan sering aku nyanyikan.Daripada cerita pihak tertentu , ramai yang menyukai bakat beliau dengan kemerduan suara dengan lenggok yang mengasyikkan.Beliau amat disegani kerna attitude beliau . adap sesama manusia yang amat tinggi..Mempunyai pakej yang cukup selain daripada cantik rupa paras.Beliau antara artis yang mengharumkan nama MALAYSIA di peringkat antarabangsa sebelum wujud nya yuna dan shila amzah..Beliau pernah menyertai pertandingan VOICE OF ASIA yang berlangsung di kazakhstan..beliau berjaya menewasan kan 15 orang peserta daripada segenap tempat..Sebelum siti , ziana zain pernah memenagi pertangdingan tersebut namun peserta tidaklah sebanyak siti..






VOICE OF ASIA 2002

“Semuanya sudah terbukti dan tiada siapa yang boleh mempertikaikan matlamat penganjuran pertandingan nyanyian Voice of Asia 2002 yang berlangsung di Almaty, Kazakhstan.
Penganjuran pertandingan nyanyian yang menghimpunkan 15 peserta mewakili 14 buah negara di seluruh dunia merupakan platform terbaik untuk penyanyi membuktikan kemampuan mereka.
Pancaindera yang membuat liputan eksklusif pertandingan itu mendapati, penganjur pertandingan tersebut yang dinaungi oleh Datuk Bandar Almaty, Viktor Khrapunov menjadikan Voice of Asia sebagai platform untuk penggiat seni dari seluruh dunia berhimpun dan berbincang mengenai perkembangan seni di negara masing-masing.
Lebih daripada itu, matlamat utama penganjur ialah memberikan pengiktirafan tertinggi kepada pemenang. Kerana itu juga, tawaran wang tunai berjumlah RM38,000 (AS$10,000) kepada juara Grand Prix membuktikan Voice of Asia bukan calang-calang pertandingan nyanyian.
Peraturan Voice of Asia menetapkan setiap peserta perlu membuat persembahan selama tiga malam berturut-turut dengan menampilkan imej dan identiti negara masing-masing.
Sejumlah 15 peserta yang mewakili 14 buah negara ialah Singapura, Armenia, Malta, Latvia, Indonesia, Mongolia, Bulgaria, Georgia, China, Filipina, Republik Czechoslovakia, Yugoslavia, Malaysia dan tuan rumah, Kazakhstan.
Kesemua peserta mempunyai reputasi dan rekod pencapaian tersendiri dalam perkembangan kerjaya seni mereka di negara masing-masing. Malah sebilangan besar peserta mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi.
Menyentuh penyertaan kali kelapan negara dalam pertandingan ini, Voice of Asia 2002 menyaksikan kecemerlangan bintang muda berbakat besar, Siti Nurhaliza melakar satu lagi sejarah dalam hidupnya.
Selepas lapan kali, Siti akhirnya berjaya memecahkan tembok yang selama ini lebih didominasi oleh negara-negara yang kurang popular pada pandangan kita.
Selama ini, negara terlalu dahagakan pengiktirafan tertinggi iaitu juara Grand Prix di Voice of Asia.
Pencapaian tertinggi Malaysia pada pertandingan Voice of Asia selama ini bagaimanapun tidak pernah mengecewakan.
Penyanyi terkenal, Ziana Zain, Anis Suraya dan kumpulan Slam pernah membawa pulang hadiah tempat pertama pada pertandingan yang serupa beberapa tahun dahulu.
Berbeza dengan tahun ini, penghibur muda berusia 23 tahun itu bagaimanapun berjaya merealisasikan cita-cita rakyat Malaysia.
“”Siti percaya kejayaan Siti ini juga hasil daripada doa seluruh rakyat Malaysia. Bukan mudah untuk Siti mencapai kejayaan ini kerana saingan terlalu sengit kerana semua peserta hebat belaka.
“”Apa pun, Siti harus berkongsi kemenangan ini dengan semua dan Siti percaya kejayaan ini juga membuktikan Siti bukanlah jaguh kampung seperti yang sering dianggap oleh sesetengah pihak,”” katanya kepada Pancaindera.



VOICE OF ASIA 2002


senarai pemenang voice of asia






senang citer tgk jer video nie,...
sejarah awal Dato siti nurhaliza di HISTORY channel AXN




SENARAI ANUGERAH YANG PERNAH DIMENANGI OLEH CTDK


(mybe bnyak lagi yang x tersenarai dan terlepas pandang..ape2 pun , nah...ambik kooo....artis lain mampu dpt award cmni ?? xmampoooo...hihihi.... )