Sudah lumrah atau normal dalam masyarakat tempatan, terutama Melayu, sebut saja `janda' pasti mampu menarik perhatian seolah-olah ia perkataan keramat.Begitulah juga dengan nama Janda Baik, sebuah kampung yang terletak berhampiran Lebuhraya Karak dalam daerah Bentong, Pahang.
Sebut saja namanya, pasti ramai ingin mengetahui sejarah uniknya seperti mana lelaki ingin mengetahui lebih lanjut mana-mana wanita bergelar janda.Menjejakkan kaki di Janda Baik baru-baru ini, merungkai serba sedikit bagaimana kawasan yang boleh dikatakan terpencil ini mendapat namanya yang unik.
Janda Baik, Pahang
* Dibuka secara rasmi pada 1932
* Terletak kira-kira 36 kilometer dari Kuala Lumpur dan 40 kilometer dari Bentong, Pahang
* Kedudukan kawasan di Banjaran Titiwangsa pada ketinggian 600 hingga 800 meter dari paras laut
* Suhu mencecah 28 darjah Celsius (siang) dan 22 darjah Celsius (malam)
* Menyimpan khazanah flora dan fauna, termasuk pokok Balau berusia 250 tahun
* Mempunyai empat kampung tradisional Melayu, iaitu Kampung Sum Sum, Cheringin, Chemperoh, Kampung Janda Baik dan Kampung Orang Asli Semelai
* Menjadi tempat pertemuan empat aliran sungai utama iaitu Sungai Benus, Sungai Cheringin, Sungai Sum Sum dan Sungai Chemparoh
* Tanaman halia dan pelancongan sumber ekonomi utama penduduk Janda Baik
Janda baik mmg tempat peranginan yg sangt femes...sejuk dan nyaman...ramai kawan2 skolah aku stay sini sbb aku asal org bentong kan...hahaha,,,kebanyakkan nya penghuni janda baik ini mempuyai tanah sendiri .boleh dikatakan kaya jugak lah..thatwhy rumah kat sini cantik2 besar2 dan mewah..tempat ini sngt menarik sbb kedudukan nya berdekatan Genting highland dah Highway bentong - kuala lumpur,
aku suka jugak dtg sini sbb dia nyaman , udara sejuk dan suka mandi sungai !
perghhh , skg lagi maju...bnyak gler tempat2 peranginan ataupun hotel dan homestay kat sini...so jgn risau lah sbb boleh booked by online ajer...selebihnya cari kat google lah yerrr...Orang kampung nya peramah....chalet nya pon dah memadai bagi yang kurang bajet...try dtg sini dulu , bawak anak2 , family ataupun rakan2 tgk dan rasai sendri kenikmatan berada di janda baik...TAPI , jangan lupa bawak baju sejuk..nanti kesejukkan pulak...hehehehe,,,,Ini adalah gambar kawasan sekitar janda baik....
No comments:
Post a Comment